Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘klpos’ Category

Sahabat Masih dalam Lokap!

Dubai Online 2.0 KAMI terus berusaha untuk membantu sahabat yang teraniaya dan masih ditahan di sebuah balai polis Dubai, walau ada halangan terutama dari segi keupayaan majikan beliau berunding dan mengumpulkan dana untuk membayar wang kepada syarikat pembekal.

Laporan berita yang disiarkan oleh akhbar perdana melalui Bernama sedikit sebanyak memberi publisiti yang diperlukan. Walau tidak sepeti mana yang diharapkan dalam menyelesaikan masalah, tetapi sekurang-kurangnya membuka mata beberapa pihak tertentu dalam mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar.

Bagi kami yang berada di luar syarikat terbabit, tidak banyak mengetahui selok-belok politik dan agihan kuasa. Tidak sekali mahu mencampuri urusan syarikat yang tersenarai di BSKL dan dikatakan dikuasai oleh puak yang sealiran dengan pihak berkuasa.

Objektif utama adalah untuk membebaskan beliau secepat mungkin dan membersihkan nama beliau dari beberapa ‘tuduhan’ yang dikatakan berligar di koridor syarikat.

Beberapa kali informasi yang diberikan oleh pekerja syarikat tersebut tidak seperti yang dinyatakan. Kekalutan dan kecelaruan mungkin disebabkan oleh pertindihan kuasa diperingkat HQ dan para pekerja berkenaan, kebanyakannya sudah meletakkan jawatan dan hanya mahu menghabiskan tempoh notis.

(more…)

Read Full Post »